Notis Dasar Perlindungan Data dan Privasi AEON BIG

> AEON BIG Data Protection and Privacy Policy Notice

(updated : 17022014)

AEON BIG (M) SDN. BHD. (242659-T) (dahulunya dikenali sebagai Magnificient Diagraph Sdn. Bhd.) (selepas ini dirujuk sebagai “AEON BIG”) adalah komited untuk mencegah penyalahgunaan data peribadi individu dan memastikan undang-undang, dan peraturan perlindungan data, dan privasi dipatuhi.

1.0 Am

  1. Data peribadi bermaksud maklumat mengenai transaksi komersil yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Subjek Data yang dikenalpasti atau boleh dikenalpasti melalui maklumat tersebut atau maklumat-maklumat lain di dalam simpanan pengguna data, termasuklah data peribadi sensitif dan sebarang pendapat tentang Subjek Data. Maklumat peribadi tersebut mengenai atau yang mengenal pasti individu iaitu Subjek Data termasuklah tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor kad pengenalan (MyKad), nombor pasport, nombor telefon dan/atau nombor faks, gambar, cap jari, dan alamat e-mel dan/atau alamat media sosial.
  2. Pemprosesan berkaitan dengan data peribadi bermaksud mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan data peribadi atau menjalankan apa-apa operasi atau operasi-operasi ke atas data peribadi.
  3. Data peribadi sensitif bermaksud sebarang maklumat peribadi yang terdiri daripada maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada kesihatan atau keadaan fizikal atau mental Subjek Data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang serupa, perbuatan salah atau perbuatan salah yang dituduh ke atasnya atau apa-apa data peribadi lain.
  4. Subjek Data merujuk kepada individu yang menjadi subjek kepada data peribadi.

2.0 Notis dan Pilihan

  1. AEON BIG mengumpul data peribadi secara langsung daripada Subjek Data, dan dalam konteks ini, daripada anda melalui sebarang bentuk borang permohonan, pendaftaran atau maklum balas secara “online”.
  2. AEON BIG memproses pelbagai jenis data peribadi termasuklah tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor kad pengenalan (MyKad), nombor pasport, nombor telefon dan/atau nombor faks, gambar, cap jari, dan alamat e-mel dan/atau alamat media sosial..
  3. AEON BIG hendaklah memproses data peribadi bagi tujuan yang berikut (yang mungkin juga termasuk tujuan-tujuan berkait secara langsung dengan tujuan tersebut):
    • menyediakan anda dengan perkhidmatan di bawah perniagaan yang termasuk sebarang perkara yang berhubungan kait dengan pembekalan atau pertukaran barangan atau perkhidmatan AEON BIG;                                                                                                              
    • memproses permohonan atau pendaftaran anda di bawah mana-mana program AEON BIG; dan 
    • bertujuan untuk menjalankan atau melaksanakan apa-apa hak atau kewajipan yang dikenakan oleh undang-undang ke atas AEON BIG berkaitan dengan calon-calon untuk pekerjaan termasuklah data peribadi individu-individu lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi tersebut.
  4. AEON BIG dibenarkan untuk mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga untuk tujuan perniagaan yang sah, termasuk bagi tujuan yang berikut atau dalam keadaan berikut:
    • pemeriksaan pengesahan latar belakang calon-calon untuk pekerjaan; 
    • dalam jangkaan, dan dalam proses jualan sebenar atau jualan berkemungkinan, penyusunan semula, penyatuan, penggabungan, atau gabungan semua atau sebahagian daripada perniagaan atau operasi kami;                                                                                                       • berkenaan pengiklanan, publisiti, pemasaran dan komunikasi sehubungan dengan AEON BIG;
    • untuk tujuan menjalankan atau melaksanakan apa-apa hak atau kewajipan yang dikenakan oleh undang-undang ke atas AEON BIG berkaitan dengan calon-calon untuk pekerjaan termasuk mana-mana data peribadi individu-individu rujukan (referees) yang disediakan oleh anda; dan 
    • membuat pendedahan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau oleh perintah mahkamah yang mempunyai bidangkuasa atau oleh mana-mana peraturan, arahan atau peraturan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwajib atau kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain yang berkaitan.
  5. AEON BIG memaklumkan bahawa anda berkewajipan untuk memberi data peribadi supaya kami dapat menyediakan anda dengan perkhidmatan di AEON BIG termasuk sebarang perkara yang berhubungan kait dengan pembekalan atau pertukaran barangan atau perkhidmatan, untuk memproses permohonan atau pendaftaran anda di bawah mana-mana program AEON BIG, dan untuk memproses permohonan anda berhubung dengan permohonan pekerjaan di AEON BIG. AEON BIG tidak akan dapat untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan lengkap jika anda gagal untuk memberi data peribadi yang dikehendaki.
  6. Jika data peribadi sensitif diberikan, dan didedahkan oleh anda kepada AEON BIG, ia bermaksud dengan pendedahan sedemikian, anda telah mengizinkan pengumpulan, dan pemprosesan data peribadi sensitif tersebut oleh AEON BIG.
  7. Anda dengan ini menjamin bahawa jika pada bila-bila masa anda telah memberikan, dan mendedahkan kepada AEON BIG data peribadi tentang individu-individu lain, anda adalah dibenarkan untuk berbuat demikian, dan mengetahui dan sedia maklum bahawa AEON BIG boleh menggunakan, dan/atau memproses data peribadi itu bagi tujuan-tujuan yang berkaitan seperti yang dinyatakan dalam “Perkara 3” di atas.
  8. Anda boleh melalui notis bertulis kepada AEON BIG menarik balik keizinan anda kepada pemprosesan data peribadi atau menghadkan pemprosesan data peribadi oleh AEON BIG dimana anda adalah Subjek Data. Apabila AEON BIG telah menerima notis bertulis tersebut hendaklah memberhentikan atau menghadkan pemprosesan data peribadi. Sila rujuk kepada bahagian “Akses” di bawah untuk kaedah komunikasi yang disediakan untuk berhubung dengan AEON BIG.

3.0 Pendedahan

  1. Data peribadi tidak boleh didedahkan tanpa keizinan anda untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan asal yang diizinkan dimana data peribadi tersebut boleh didedahkan pada masa pengumpulan data peribadi tersebut atau tujuan yang berkait secara langsung dengannya. Data peribadi juga tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga selain daripada yang dinyatakan dalam bahagian “Notis dan Pilihan” di atas.

4.0 Keselamatan

  1. AEON BIG akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi data peribadi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau yang tidak disengajakan, pengubahan atau pemusnahan apabila memproses data peribadi.

5.0 Penyimpanan Rekod

  1. 1) AEON BIG menyimpan data peribadi selagi perlu untuk tujuan perniagaan yang sah, atau jika sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

6.0 Integriti Data

  1. Data peribadi yang diberikan oleh anda kepada AEON BIG hendaklah benar dan tepat, lengkap, dan tidak mengelirukan.
  2. Anda hendaklah melalui notis bertulis kepada AEON BIG memaklumkan sebarang perubahan kepada data peribadi yang diberikan oleh anda kepada AEON BIG untuk memastikan data peribadi yang disimpan adalah data yang terkini. Sila rujuk kepada bahagian “Akses” di bawah untuk kaedah komunikasi yang disediakan untuk berhubung dengan AEON BIG.

7.0 Akses

  1. 1) Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda yang diproses oleh AEON BIG, dan untuk membetulkan data peribadi tersebut. Anda boleh menghantar permintaan anda secara bertulis kepada AEON BIG di alamat berikut atau melalui e-mel: 
    Perhatian 
    Risk Prevention Division 

    Alamat: 
    AEON BIG (M) SDN. BHD. (242659-T) (formerly known as Magnificient Diagraph Sdn. Bhd.) 
    3, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia 

    E-mel: 
    dataprivacy@aeonbig.com.my

8.0 Pertanyaan

  1. Sebarang pertanyaan berkaitan pemprosesan data peribadi hendaklah dikemukakan kepada AEON BIG melalui e-mel dataprivacy@aeonbig.com.my